November 07, 2012



BAGAIMANA AKU NANTI




Dean adalah seorang penagih dadah,sudah hampir 10 tahun dia menagih dadah dan dadah bagaikan nyawa bagi dirinya tanpa dadah dia menjadi tidak keruan malahan dia boleh membunuh orang hanya kerana dadah. Dean mula mengambil dadah pada usianya 18 tahun. Pada mulanya Dean mengambil dadah secara sukerela kerana pengaruh rakan-rakan kelasnya di kolej,pada awalnya Dean tidak begitu ketagih dengan dadah tetapi sejak kedua ibu bapanya meninggal kemalangan dia mula mengambil nya dengan mendadak,pada setiap kali dia mengambil dadah munculnya seorang gadis berpakaian serba putih yang membuatkan Dean gian untuk mendapatkan dadah. Dean mula terperuk di dalam rumah dan berhenti belajar.Tiap-tiap hari Dean mengambil dadah hanya untuk hadirkan gadis itu di dalam hidup nya seolah-olah semuanya benar-benar berlaku. Gadis itu menjaganya dan menyayanginya sepenuh hati. Selang beberapa hari Dean mula tertanya-tanya kan nama gadis itu,pada mula nya gadis itu tidak mahu memberitahu tetapi akhirnya dia memberitahu bahawa namanya adalah Alice. Alice menjaga Dean seolah-olah Dean adalah dunianya sehingga akhirnya mereka menjalinkan hubungan yang lebih akrab sebagai kekasih.Setelah bahagia bersama Alice selama bertahun lamanya Alice mula jarang berjumpa dengan Dean walau makin ketagih Dean menghisap dadah sampai satu ketika Alice sudah berhenti berjumpa dengannya.Dean menangisi hari-harinya kehilangan Alice dari pandangan matanya. Kerana mabuk cinta yang membuatnya tak keruan Dean mengambil keputusan untuk keluar dari rumah untuk mencari Alice. Dean membuka pintu rumahnya dengan perasaan gundah yang penuh di dada,setelah membuka pintu itu Dean muncul di depan ward hospital dan kelihatan dirinya sendiri terlantar di atas katil dan kelihatan Alice menangis di sisi dirinya yang terlantar di atas katil itu. Dean menjadi bingung lalu tuhan menghantar malaikat maut yang ingin membawa Dean pergi,lalu di tanya Dean pada malaikat maut itu tentang kebingungannya. Malaikat maut itu mengatakan bahawa Alice benar-benar wujud di atas muka bumi ini,dia tidak pernah mengabaikan Dean malahan berusaha untuk menyuruh Dean berhenti mengambil dadah tetapi Dean memukulnya hari-hari kerana terlampau ketagih akan dadah. Dean menangis tanpa henti kerana Dean tahu akan salah dirinya,tetapi Dean mengambil dadah kerana ingin berjumpa dengan Alice,Alice adalah dadah itu! Kalau lah Dean berusaha untuk berhadapan dengan dunia luar dan tidak berhalusinasi dia pasti benar-benar boleh menjaga Alice. Sejujurnya Dean benar-benar mencintai Alice sepenuh hatinya.


"Berjauhan dengan kau akan membuatku tak keruan,bagaimanalah aku nanti..."
                                                                                                                         by Didie Zainal