November 07, 2012



BAGAIMANA AKU NANTI




Dean adalah seorang penagih dadah,sudah hampir 10 tahun dia menagih dadah dan dadah bagaikan nyawa bagi dirinya tanpa dadah dia menjadi tidak keruan malahan dia boleh membunuh orang hanya kerana dadah. Dean mula mengambil dadah pada usianya 18 tahun. Pada mulanya Dean mengambil dadah secara sukerela kerana pengaruh rakan-rakan kelasnya di kolej,pada awalnya Dean tidak begitu ketagih dengan dadah tetapi sejak kedua ibu bapanya meninggal kemalangan dia mula mengambil nya dengan mendadak,pada setiap kali dia mengambil dadah munculnya seorang gadis berpakaian serba putih yang membuatkan Dean gian untuk mendapatkan dadah. Dean mula terperuk di dalam rumah dan berhenti belajar.Tiap-tiap hari Dean mengambil dadah hanya untuk hadirkan gadis itu di dalam hidup nya seolah-olah semuanya benar-benar berlaku. Gadis itu menjaganya dan menyayanginya sepenuh hati. Selang beberapa hari Dean mula tertanya-tanya kan nama gadis itu,pada mula nya gadis itu tidak mahu memberitahu tetapi akhirnya dia memberitahu bahawa namanya adalah Alice. Alice menjaga Dean seolah-olah Dean adalah dunianya sehingga akhirnya mereka menjalinkan hubungan yang lebih akrab sebagai kekasih.Setelah bahagia bersama Alice selama bertahun lamanya Alice mula jarang berjumpa dengan Dean walau makin ketagih Dean menghisap dadah sampai satu ketika Alice sudah berhenti berjumpa dengannya.Dean menangisi hari-harinya kehilangan Alice dari pandangan matanya. Kerana mabuk cinta yang membuatnya tak keruan Dean mengambil keputusan untuk keluar dari rumah untuk mencari Alice. Dean membuka pintu rumahnya dengan perasaan gundah yang penuh di dada,setelah membuka pintu itu Dean muncul di depan ward hospital dan kelihatan dirinya sendiri terlantar di atas katil dan kelihatan Alice menangis di sisi dirinya yang terlantar di atas katil itu. Dean menjadi bingung lalu tuhan menghantar malaikat maut yang ingin membawa Dean pergi,lalu di tanya Dean pada malaikat maut itu tentang kebingungannya. Malaikat maut itu mengatakan bahawa Alice benar-benar wujud di atas muka bumi ini,dia tidak pernah mengabaikan Dean malahan berusaha untuk menyuruh Dean berhenti mengambil dadah tetapi Dean memukulnya hari-hari kerana terlampau ketagih akan dadah. Dean menangis tanpa henti kerana Dean tahu akan salah dirinya,tetapi Dean mengambil dadah kerana ingin berjumpa dengan Alice,Alice adalah dadah itu! Kalau lah Dean berusaha untuk berhadapan dengan dunia luar dan tidak berhalusinasi dia pasti benar-benar boleh menjaga Alice. Sejujurnya Dean benar-benar mencintai Alice sepenuh hatinya.


"Berjauhan dengan kau akan membuatku tak keruan,bagaimanalah aku nanti..."
                                                                                                                         by Didie Zainal 

April 22, 2012


GUARDIAN ANGEL


Di suatu sudut hidup aku jatuh terperusuk dalam gelap yang tiada hujung cahaya nya. Dari apa yang aku cuba gapai,aku tahu aku pasti tidak akan dapat menangkapnya tapi masih aku tidak membina awan untuk menangkap aku pabila terjatuh nanti.

AKU : What should I do ? 

Merintih aku seorang diri. Dalam hembusan angin,tuhan wujudkan suatu suara sehalus angin meniup ke dalam jiwa aku.

KAU : Ada pintu kecil sebelah kau...

Aku cuba endahkan suara itu,mungkin itu hanyalah aku yang terlalu banyak merintih dan ingin wujudkan satu jalan pintas supaya aku lebih yakin atas diri aku. Tetapi aku tidak mampu menahan diri aku dari kemusykilan sebagai seorang manusia yang ingin tahu,lalu aku meraba-raba di dalam gelap untuk memastikan sama ada wujud atau tidak pintu kecil itu. Aku terkejut! Rupanya pintu itu wujud! Tanpa berfikir panjang aku membuka pintu itu. Pintu itu membawa aku ke suatu bilik putih yang di terangi dengan cahaya. Aku merasa gembira akhirnya di dalam gelap masih lagi ada cahaya rupanya. Membuat aku rasa seolah aku tidak pernah jatuh tetapi hanya buta dan tolol. Tetapi...bilik putih itu terlampau luas dan kosong...

KAU : Kan aku dah cakap...

AKU : Kau ni sape ? Mane kau ? Asal aku tak nampak kau ?

KAU : Aku turun dari langit untuk kau,untuk memberitahu bahawa DIA sudah berhenti menulis pasal kau. Sebab tu hidup kau gelap,sekarang kau tulis sendiri hidup kau.

AKU : Aku...tak faham...siapa DIA ? Apa maksud kau ?

KAU : Begini lah. Kau ambil pen di bawah kaki kau tu,dan mula menulis setiap apa yang aku kata. DIA dah terlampau meluat dengan kau,dia dah naik fedup dengan kau. Kau bukan ingat dia pun. Nasib baik aku kasihan kan kau,jadi aku turun ke sini untuk memberikan cerita supaya hidup kau berterusan kalau tidak kau mati dalam gelap tu kau tahu ?? Kau nak mati ??

Tanpa berfikir panjang,dengan perasaan takut aku mengambil pen tersebut dan mula menulis.

06.07
AKU AKAN MENDAPAT KERJA YANG BOLEH MEMBERI AKU BANYAK WANG

19.09
AKU BERTEMU DENGAN JODOH AKU.SEORANG YANG BAIK,KAYA,JUGA PANDAI MEMASAK!

Dan hari seterus nya.Aku dapat merasakan bahawa suara itu adalah suara sang malaikat yang indah cuba membantu aku tapi..makin hari aku makin hilang kegunaan tubuh badan aku. Tapi aku tak kisah,asal kan tangan dan telinga aku masih berfungsi supaya aku boleh terus mendengar dan menulis kisah hidup aku.

1. Kaki
2. Badan
3. Mata
4. Tangan

Aku hampir putus asa,tetapi aku guna kan mulut untuk terus menulis.

12.12

HARI INI AKU BERTEMU DE...N..G.A..N....

Terus telinga aku tidak lagi mendengar! Aku merasa gundah. Seluruh badan aku lumpuh! Aku rasa aku bertemu dengan... AJAL! 

Aku menangis takut...takut aku tidak sempat merasakan apa yang aku tulis.Tetapi...tiba-tiba ada suatu sentuhan di dada aku membuat aku mula melihat,merasa dan...MENDENGAR! 

Perlahan-lahan aku membuka mata. Terlihat cahaya yang sangat terang dan seorang..makhluk...errr... aku tak pasti...tetapi bersayap! Aku pasti dia adalah suara itu!

AKU : Kau! Hari ini aku bertemu kau! Dan bukan ajal!

... : Tidak kah kau terfikir kau menulis kisah hidup kau tetapi aku tidak terlihat ianya berlaku,malahan kau tidak dapat merasa cinta dan kebahagiaan yang kau tulis di dinding putih ini??

AKU : errr...

... : Aku bukan lah suara itu,tetapi aku yang melumpuh kan seluruh tubuh badan mu! Sedarlah bahawa takdir mu itu tertulis di langit dan tiada sesiapa yang boleh menilik mahu pun membacanya kecuali DIA.

AKU : Tetapi DIA tidak lagi mahu menulis tentang aku...

... : DIA itu maha pemurah lagi maha penyayang. Tanggungjawab DIA adalah menghidupkan setiap makhluk di muka bumi dan mematikannya. Itu terletak di tangan NYA bukan di tangan mu. Jika mungkin dia tidak lagi menghiraukan kau,kerja NYA adalah mematikan kau! DIA adalah satu,dan setiap di badan mu milik diri DIA.


BY : DIDIE ZAINAL